Di sebalik perpaduan BN yang rapuh, Umno ini, ikhlaskah?
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Saya tidak terkejut sedikitpun dengan berita keterlanjuran beberapa perwakilan Umno semasa berucap di dalam Perhimpunan Agungnya baru-baru ini. Apa yang hendak diterkejutkan. Ia sudah lumrah bagi Umno yang mengasaskan perjuangannya kepada kebangsaan Melayu.
Tentulah apabila keris Melayu yang diasapkan, apa yang keluar dari periuk perjuangannya adalah 'wap dari rempah kemenyan Melayu'. Ia berbunyi ‘Hidup Melayu’! Inilah bahaya apabila perjuangan didasarkan kepada semangat bangsa yang meminggirkan Islam.
Kita cukup yakin bahawa selagi Umno mengasaskan perjuangannya kepada bangsa, maka konflik dengan MCA, MIC dan komponen-komponen bukan Melayu akan sentiasa berpanjangan.
Ini kerana Umno menggunakan paksi yang salah. Di sana tidak pernah ada titik pertemuan yang “common”. Sangat sukar untuk memahami apabila suatu perjuangan yang mementingkan bangsa boleh tiba-tiba menghadiahkan formula untuk membahagiakan kaum-kaum yang memang berbeda.
Bolehkah perpaduan dan kepentingan bersama “ala BN” dicapai tanpa melupakan sentimen kaum walhal perjuangan masing-masing parti adalah untuk bangsa masing-masing?
Bagi Umno, faham bangsa baginya pula adalah pada lazimnya merujuk kepada kumpulan Umno sahaja, yakni orang-orang Melayu yang menyokong Umno.
Usahkan bercakap tentang memberi keadilan kepada MCA dan MIC; bahkan Umno sudah lama mengenepikan PAS walaupun kami adalah rakan sebangsa dan seagama dengan mereka.
Inilah yang menyebabkan sudah 50 tahun perpaduan antara bangsa-bangsa di Malaysia tidak wujud. Disepanjang persahabatan antara Umno, MCA, Gerakan dan MIC misalnya, bangsa-bangsa bukan Melayu masih tidak faham tentang Islam dan masih mencurigai keikhlasan pemimpin-pemimpin Melayu.
Ini berpunca daripada masing-masing kaum mempunyai faham kebangsaan masing-masing. Sampai bilapun tidak akan selesai. Dalam sehari dua ini pula, kita ada terbaca gesaan cadangan PPP untuk bergabung dengan Gerakan.
Ini satu lagi tanda yang membuktikan perpecahan sememangnya wujud. Gerakan semakin kuat. MCA semakin kehilangan pengaruh. Apa lagilah jika ditakdirkan PPP boleh bergabung dengan Gerakan yang boleh bekerjasama dengan Parti KeAdilan Rakyat kemudiannya.
Berbeza dari kaedah perjuangan kebangsaan, Islam meletakkan perpaduan di atas dua tiga premis yang cukup bersahabat:
i) Kita semua adalah dari keturunan Adam dan kita semua adalah adik beradik. Ini sekaligus akan mengikis perasaan dengki, bahkan apa yang subur ialah perasaan saling membantu dan bekerjasama.
ii) Islam mementingkan persaudaraan atau semangat “Al-Ikha”. Dari sejak awal lagi Islam mengiktiraf semua umat Islam adalah bersaudara sama ada orang itu Melayu, Cina, India, Siam, Benggali atau Serani. Mereka saudara kita dan perlu dilayan secara sama rata. Ini sangat bercanggah dengan perjuangan Umno yang mementingkan hanya bangsa yang berada di bawah lambang parti mereka.
iii) Melihatkan ciri-ciri Islam yang sangat global dan universal ini, mustahak sangatlah bagi Islam itu dilaksanakan di tengah-tengah masyarakat antarabangsa. Sebuah negara masyarakat majmuk seperti Malaysia sangat mendesak untuk memakai Islam sebagai formula penyelesaian kerana ia menjamin keadilan umat sejagat tanpa mengira kaum. Yang miskin akan dibela manakala yang kaya pula diwajibkan memberi tanpa mengira perbezaan bangsa dan keturunan.
“Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan dam rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Mulk: Ayat 14)
PAS pernah menyertai BN. PAS juga pernah menjalin kerjasama dengan Semangat 46 dalam APU dan pernah berkeluarga dengan DAP dalam BA.Kinipun, PAS masih berkongsi persefahaman dengan PKR.
Ini semua bertolak dari kefahaman kita mengenai Islam. Kita melihat semua manusia adalah sasaran dakwah. Biarpun kita mungkin berbeza dari segi kaum tetapi itu tidak pernah menghalang kita untuk memperkenalkan Islam dan terus berta’aruf.
Sebenarnya, Umno cuma berminat membela masyarakat Melayu di dalam parti mereka sahaja. Ini yang menyebabkan keluarnya istilah ‘Umnoputera’ atau ‘Melayu Baru’. Yang putera dan yang Melayu lazimnya adalah pemuda/pemudi yang berbaju biru.
Untuk menutup kekurangan ini, Umno menjadikan Islam Hadhari sebagai anak angkat untuk bermuka-muka dengan Allah , Malaikat dan masyarakat.
Mereka menaja satu kaedah baru dalam Islam yang seolah-olah Islam itu hanyalah menumpukan perhatian kepada pembangunan fizikal sebagai asas tamadun. Seolah-olah itu itu cumalah pembangunan dan itulah tamadun.
Ini satu lagi lingkaran kekeliruan yang sedang cuba dikalungkan ke setiap leher umat Islam , orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu.
Contoh mudah boleh dilihat dengan Masjid Kristal misalnya, yang dibina di Terengganu untuk menarik pelancong. Di sini, sangat jelas bagaimana sebuah Rumah Allah yang sepatutnya dibina atas dasar taqwa telah dialih niatnya diatas nama Islam Hadhari.
Kesimpulannya, walaupun pemimpin Umno menegaskan bahawa komitmen mereka tidak berubah untuk memberi kebahagiaan kepada berbagai kaum di bawah struktur kerjasama BN tetapi kita tidak nampak bagaimana kerangka semangat Melayu yang dipecat dari paksi agama itu boleh membawa keadilan yang merata sebagaimana yang gemar dijanjikan.
Akhirnya, Umno hanya akan dilihat orang sebagai parti yang asyik mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang umum yang suka dipinda-pinda stail pengucapannya mengenai perpaduan mengikut keadaan tetapi tidak satu pun ikhlas,. Ini tidak akan memberi penyelesaian kepada Malaysia sampai bila-bila pun. - mr
(Tuan Guru Nik Abduk Aziz Nik Mat adalah Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan)

Ungkapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada para pemuda yang dicintainya,