Monday, July 31, 2006

kerana mu ISLAM


Ungkapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada para pemuda yang dicintainya,

Wahai para pemuda……Sesungguhnya kesuksekasan suatu fikrah (ideologi) dilandasi oleh keimanan yang mengakar, keikhlasan yang murni dalam menempuh perjalanannya, semangat yang menggelora dan pelaksana yang mampu mendukung fikrah ini dalam bentuk amal dan pengorbanan. Keempat perihal ini (keimanan, keikhlasan, semangat dan amal) merupakan ciri khas para pemuda.

Sunday, July 16, 2006

Ahmadinejad memberi amaran kepada regim Zionis

Presiden Mahmoud Ahmadinejad berkata jika berlaku sebarang tindakan ganas ke atas Syria bermakna keganasan ke atas negara Islam keseluruhannya.
"Jika regim pengganas Zionis melakukan tindakan biadap dan menyerang Syria, mereka akan berhadapan dengan tentangan dari seluruh umat Islam," kata Ahmadinjead melalui perbualan telefon dengan Bashar Assad pada hari Khamis.
Mereka berdua sedang meninjau perkembangan yang dilakukan oleh regim pengganas Zionis di Semenanjung Gaza dan Lubnan.
Sambil mengutuk masyarakat antarabangsa yang mendiamkan diri berhubung dengan perkembangan yang berlaku di rantau tersebut, Ahmadinejad menyuarakan kebimbangannya terhadap serangan ganas oleh kumpulan militan Zionis ke atas penempatan rakyat Palestin dan Lubnan di mana ramai yang menjadi mangsa keganasan tersebut terdiri dari kalangan kanak-kanak dan wanita.
"Tindakan ganas yang lunatik ini merupakan petanda kelemahan dan ketidakupayaan regim palsu tersebut yang merupakan jalan ke arah kejatuhan mereka, kata presiden Iran itu.
Beliau menegaskan tentang pentingnya bagi umat Islam bersatu dan menyokong saudara mereka di Lubnan dan Palestin.
Presiden Ahmadinejad juga menyatakan kesediaan Iran untuk memberi bantuan kepada mangsa keganasan regim zalim Israel itu.
Ahmadinejad reiterated the need for the Organization of Islamic Conference (OIC) to actively take part in the region.
Sementara itu presiden Syria, Basyir Assad berkata regim Zionis bertanggungjawab di atas krisis dan keganasan yang berlaku dan merekalah yang melanggar gencatan senjata selama setahun di Palestin dan menyerang Semenanjung Gaza.
Beliau juga mengutuk sikap dingin masyarakat antarabangsa mengenai isu tersebut.
Presiden Syria itu juga memuji sikap berani dan tindakan cepat pejuang munajiddin Hizbullah membalas serangan regim haram Zionis dan tindakan mereka mengejutkan rejim Zionis.
"Jika Israel melakukan satu lagi kesilapan dengan menyerang Syria, mereka akan berhadapan dengan tindak balas yang tegas dari Syria, kerana Syria tidak pernah takut kepada ancaman Israel, kata Bashar Assad.
Sementara itu, pengerusi OIC masih lagi mendiamkan diri dan takut mengumpulkan kekuatan untukmemberi amaran kepada Israel. Haruskah kita bersikap dayus dan menyokong pemimpin yang dayus yan hanya mendiamkan diri apabila salah satu peha kita dicubit.

sumber : http://ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=939

Saturday, July 08, 2006

Aduh...Palestin

Engkau bumi persinggahan,
Para nabi dan anbiya',
Sinar satu perjuangan,
Qalam Rabbul Alamin,

Aduh...si Palestin,
Malang dikau di kala ini,
Darah mu tertumpah sepanjang hari,
Makanan mortar laknatullah si yahudi,
Adalah anak-anak kecil tak mengerti,




Aduh...si Palestin,
Malang juga dikau di kala ini,
Dayusnya saudara seaqidah mu sendiri,
Berpeluk tubuh hanya memerhati,
Mempertahankan kepentingan duniawi,

Sedarlah pemuda gentar ku,
Bebaskan diri dari jerangkap hedonisme,
Kerana tiada senang si durjana yahudi,
Selagi kau tak mengikut jalan syaitani,

Bangunlah pemuda gentar ku,
Perjuangkan kebenaran Illahi,
Walaupun tak setanding Salahuddin Al Ayubi,
Cukuplah walau sekecil-kecil tarbiyyah diri

,...kerana engkau umpama gergasi yang sedang enak dibuai mimpi,
...menunggu masa untuk dibangkiti

Note: nukilan : qalami"






sumber : http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1084

Tuesday, July 04, 2006

Demo Bantah Keganasan Israel 7 Julai K.L.

AYUH !! Sertai Demonstrasi Aman Membantah Keganasan Israel Terhadap Orang Awam dan Rakyat Palestin selepas Solat Jumaat 7 Julai 2006 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Yang bekerja sila mohon cuti. Yang tidak dapat bercuti beri sumbangan kepada mereka yang hendak pergi tetapi tidak mampu.
Mereka daripada Negeri Sembilan yang ingin pergi atau ingin menyumbang sila hubungi koordinator di Seremban Tn Hj Mohd Taufek 019-6576540
Rakyat Malaysia, orang ramai yang prihatin, Islam atau bukan Islam, Persatuan-Persatuan , AJK Masjid dan Surau, individu, parti-parti politik digalakkan hadir."