Wednesday, August 16, 2006

cara pemimpin dekat dengan rakyat

Blog Presiden Ahmedinejad

Ini ialah URL Blog Presiden Iran, Ahmedinejad. (klik bendera2 utk mendapat terjemahan dlm English atau Arab)http://www.ahmadinejad.ir/Sila sebarkan."

Friday, August 11, 2006

Israel menyerang khemah Gaza, tiga orang terbunuh

Menurut seorang saksi, helikopter bersenjata Israel telah melepaskan sebutir peluru berpandu kearah khemah latihan pejuang Palestin di Jalur Gaza, memunuh tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.Mereka berkata serangan ke atas khemah di Bandar Gaza itu juga telah mencederakan tiga orang, salah seorangnya merupakan kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal. Mangsa yang meninggal itu dikenali sebagai ahli ‘Popular Resistance Committees’, sebuah kumpulan penentang Palestin.Menurut seorang jurucakap tentera: “Pihak rejim Zionis menyerang khemah latihan untuk teroris di Gaza. Khemah tersebut digunakan oleh teroris sebagai tempat persiapan aktiviti mereka untuk menentang Israel.” Menurut saksi, serangan udara itu ditujukan kepada pejuang di kawasan terpencil ladang limau di Tufah, Gaza.Para pejuang Jihad Islami menziarahi mayat-mayat yan dibawa ke Hospitl Shifa. Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital bersama dua orang lelaki itu, walau bagaimanapun, menurut polis masih belum jelas bagaimana dia dicederakan.Pada awal hari Rabu, helikopter Israel telah menyerang dua buah rumah di khemah pelarian Jenin, Tebing Barat, membunuh dua orang Palestin, kata saksi dan pegawai keselamatan.Menurut saksi, mereka melihat dua mayat dialihkan dari bangunan tersebut. Dua mayat itu dikenali sebagai Osama Attili dan Mohammed Atik, merupakan pemimpin sayap tentera Jihad Islami, kata pegawai keselamatan itu.Note: sumber : palestine-info.co.uk perterjemah : hedry25"

Friday, August 04, 2006

Ikhwan Muslimoon bersedia menghantar mujahiddinnya ke Lubnan

Pemimpin Ikhwan Muslimoon, Mesir berkata pada hari Khamis 3 Ogos, bahawa mereka telah bersedia untuk menghantar seramai 10,000 pejuang mujahiddinnya ke Lubnan bagi menghadapi tentera Zionis bersama-sama dengan Hizbullah.
“Saya bersedia untuk menghantar serta merta seramai 10,000 pejuang mujahiddin untuk menentang tentera kafir Zionis bersama-sama dengan Hizbullah" kata Mohammed Mehdi Akef.
Walau bagamanapun beliau mengakui bahawa peluang adalah tipis untuk mana-mana pejuang sukarela dari Mesir boleh sampai ke Lubnan.
“Kami mempunyai tenaga yang cukup untuk dihantar tetapi kami masih memerlukan kebenaran dari regim Arab untuk membenarkan pemergian merea atau sekurang-kurangnya mereka memejamkan mata mengenai pemergian mereka," ata Akef.
“Latihan ... ia tidak semudah sebagaimana yang pernah berlaku; satu ketika dulu kami hanya memerlukan masa hanya selama seminggu untuk melatih para pejuang menggunakan senjata."
Israel telah melancarkan serangan darat, udara dan laut ke atas Lubnan berikutan penahanan dua anggotanya oleh pejuang Hizbullah pada 2 Julai lalu.
Walaupun Hizbullah merupakan gerakan syiah, tetapi mereka telah menerima sokongan yang pada dari dunia Arab dalam perjuangan mereka menentang Israel.
Dalam kenyaaan mingguannya pada hari Khamis, Akef juga mengutuk negara-negara Arab kerana gagal menyatakan sokongan mereka terhadap Hizbullah atau mengambil tindakan menghentikan pertumpahan darah di Lubnan.

SAAD - bila lagi pemimpin - pemimpin islam yang lain ingin menyahut perjuangan ini. kenapa bersikap berada di dalam zon selesa. campakkan lah akal mu ke tanah kerana diri tidak pandai menilai antara yang haq dan batil.
- andainya 100 000 orang di pilih menyertai perang salib alaf baru ini.. biar lah diri ini menjadi salah seorgnya.
- andainya 10 000 org yang di pilih menyertai perang salib alaf baru ini.. biar lah diri ini juga memikul tanggungjawab ini.
- andainya 1000 orang yang di pilih menyertai perang salib alaf baru ini... ku ingin jua bersama.
- andainya 100 orang yang dipilih menyertai perang salib alaf baru ini... biar lah aku juga dipilih.
- andainya 10 orang yang di pilih menyertai perang salib alaf ini... jadikanlah diri ini "top ten"
- andainya 1 orang yang di pilih menyertai perang salib alaf ini... ku bersyukur kepada Mu KEKASIH ku....